SEPERTI ANJING DENGAN KUCING

 "Seperti anjing dengan kucing" Apa yang boleh difahami disini?. Kebiasaannya kita akan faham sebuah jalinan atau satu hubungan yang berkait rapat dengan pergaduhan adik beradik yang tiada berkesudahan. 

Aku teringat akan nasihat ayah ketika kami sudah selesai makan malam bersama. Pada malam itu, aku tersedar akan betapa pentingnya sebuah hubungan keluarga terhadap diri sendiri dan agama. Lalu apa yang kita boleh fikir, apa yang menyebabkan hubungan adik beradik atau keluarga itu sendiri renggang? Kenapa kita semakin dewasa semakin hilang kewarasan? Bukankah semakin dewasa akan difikirkan kebaikan yang mampu dibekalkan di Akhirat sana? 

Baik.. apa yang ingin dikatakan disini adalah kebanyakan pergaduhan berlaku adalah kerana harta dan warisan keluarga. Aku melihat masalah ini tiada henti dimana-mana. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di negara luar. Menyebabkn perebutan dan pergaduhan harta ini menjadi perkara biasa dikalangan kita. 

Bagaimana ini boleh terjadi? Bukankah dahulu sewaktu kita kecil, kita bermain,tidur di tempat yang sama, makan makanan yang sama...hampir segala yang kita lakukan bersama dengan adik beradik. Bila kita semakin dewasa hubungan ini semakin renggang disebabkan beberapa faktor yang boleh kita ketahui. Seperti contoh aku sendiri semakin dewasa memerlukan ruang untuk bersendiri, citarasa setiap perkara juga berbeza, dan ini membawa kepada sikap yang boleh menjadikan hubungan adik beradik itu semakin jauh. 

Nasihat ayah,,adik beradik mesti sentiasa bersama, jangan dengki sesama kita, ini termasuklah keluarga jauh sepertti sepupu, mak saudaradan sebagainnya. Sebagai seorang Muslim, dengki dengan keluarga sangat dilarang. Jika pun ada hal yang berbangkit yang boleh menyebabkan pergaduhan, lebih baik kita mengalah sahaja daripada kita teruskan yang menyebabkan pergaduhan ini semakin besar sehingga anak cucu, bahkan sesudah kita mati pon kemungkinan isu ini tidak akan habis. Lalu bila akan selesai? Kita juga yang rugi. Sebab kita dah mati tapi isu harta belum selesai antara anak cucu kita. Kita kena fikir jauh. Apa kita nak jawab dengan Allah? Sebab kita yang tak selesaikan perkara ini semasa hidup. Kita muhasabah diri sekejap.

Antara nasihatnya juga adalah, cara untuk mengelakkan perkara ini berlaku adalah kita sama-sama berjaya dalam kerja, sebab yang menjadi faktor kepada perebutan harta adalah kemiskinan. Bagaimana kita nak membendung kemiskina dalam keluarga? Sebagai adik beradik Wajib kita tolong! Berapa ramai yang miskin tapi ada adik beradik yang berjaya? Sangat ramai!

Tetapi masing-masing tidak mengendahkan, risau jika tolong nanti jatuh miskin. Ingat yang memberi nikmat rezeki itu siapa, Allah s.w.t. Membantu adiki beradik yang susah ini akan dijanjikan rezeki yang banyak. Tidak perlu kita risau akan kekurangan wang atau harta sebab Allah akan memberikan ganjaran kepada yang memudahkan urusan seseorang. In Sya Allah..

Jadi dalam hubungan kekeluargaan ni janganlah kita jadi "Seperti kucing dengan anjing" . ayuh kita Istighfar memohon daripada Allah .w.t supaya dijauhkan daripada segala kemungkaran diatas muka bumi ini dan hubungan kekeluargaan terjalin dengan penuh kasih sayang tanpa ada sekelumit pun perasaan dengki antara kita dan keluarga. 

Sedangkan sekarang pon anjing dan kucing sudah berbaik, walhal mereka tidak mempunyai akal yang baik seperti manusia. Tetapi mereka lebih tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Wallahu A'lam, semoga mendapat manfaat. Terima KAsih....😄



Comments