Posts

KASIH YANG TERSIMPAN

Image
Saat bersama begitu mesra antara kita berdua, Kau mengatakan cinta, Aku mengatakan kasih, Melalui liku-liku kesusahan dan kesenangan bersama, Saat bertukar menjadi kenangan, Antara kau dan aku menjadi asing, Setelah terpisah angkara orang ketiga, Sungguh sedih hubungan ini, Seperti tiada ketulusan dihati mu, Seperti Aku hanyalah suatu tempat,  Tempat untuk kau singgah tika duka, Tempat kau singgah tika bosan, "Wah! Aku rasa seperti dipergunakan." Seharusnya begitulah yang patut kurasa, Tapi aku lebih memilih untuk setia, Setia bersama persahabatan ini, Ku pujuk hati ini, Untuk tetap ada saat kau memerlukan, Aku tahu, Ikatan ini hanyalah sia-sia, Tapi aku Percaya suatu hari nanti,  Kau sedar betapa aku menyayangi mu SAHABAT. Semoga nanti saat aku telah pergi, Kau kan sentiasa mengingatiku dalam ingatanmu, Sentiasa Mengirimkan doa dalam sujud mu, Aku Maafkanmu Sahabatku.

BINTANG KASIH

Image
 Angin itu menggoncangkan seluruh tingkap di bilik kecilku, bintang-bintang menerangi langit, bersinar terang tak terkira, Bintang-bintang itu telah meyakinkanku yang sedang lelah, Mereka menghapuskan banyaknya tangis di lubuk hatiku, Jangan terlalu bersedih, Mereka memelukku erat, dan bermanja,  dan Mereka menenangkanku, Menyuruh lembut "tutuplah matamu", Walau aku penat tiada kudrat, sehingga tidak lagi mampu berjalan, sehingga tangisanku mengaburi penglihatanku, ku akan terus senyum dihadapan kekasihku, yang aku tidak akan mampu untuk mendapatkannya, Walau saat bahagia kita cuma sementara, akan ku kubur saat itu di dasar hati, seperti banyaknya bintang-bintang itu, SELAMANYA

SEPERTI ANJING DENGAN KUCING

  "Seperti anjing dengan kucing" Apa yang boleh difahami disini?. Kebiasaannya kita akan faham sebuah jalinan atau satu hubungan yang berkait rapat dengan pergaduhan adik beradik yang tiada berkesudahan.  Aku teringat akan nasihat ayah ketika kami sudah selesai makan malam bersama. Pada malam itu, aku tersedar akan betapa pentingnya sebuah hubungan keluarga terhadap diri sendiri dan agama. Lalu apa yang kita boleh fikir, apa yang menyebabkan hubungan adik beradik atau keluarga itu sendiri renggang? Kenapa kita semakin dewasa semakin hilang kewarasan? Bukankah semakin dewasa akan difikirkan kebaikan yang mampu dibekalkan di Akhirat sana?  Baik.. apa yang ingin dikatakan disini adalah kebanyakan pergaduhan berlaku adalah kerana harta dan warisan keluarga. Aku melihat masalah ini tiada henti dimana-mana. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di negara luar. Menyebabkn perebutan dan pergaduhan harta ini menjadi perkara biasa dikalangan kita.  Bagaimana ini boleh terjadi? Bukankah dahu
 Jika kau dilanda kemurungan, ketahuilah kau berada di fasa yang sangat pedih dan pilu. Segeralah bangkit, lakukan sesuatu, dakap seseorang yang mampu kau lepaskan. Jangan kau biarkan kesedihan mu berlanjutan. Aku sayang kamu wahai saudaraku.
  Assalamualaikum pembuka bicara, kerana mengharapkan kesejahteraan itu menjadikan sebuah kasih sayang terjalin diantara kita.